Tune Talk Epik+ Family Safe Diperkenalkan – RM80 Sebulan, 700GB Data Dengan Kawalan Kandungan Anak-Anak

LocalFamily & Parenting
25 Jun 2026 • 1:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tune Talk Epik+ Family Safe Diperkenalkan – RM80 Sebulan, 700GB Data Dengan Kawalan Kandungan Anak-Anak

Kanak-kanak mudah terdedah kepada kandungan berisiko apabila menggunakan media sosial atau peranti pintar tanpa kawalan. Menyedari keperluan ini, TuneTalk memperkenalkan pelan baharu Epik+ Family Safe, iaitu pelan data keluarga yang memberi penekanan khusus terhadap keselamatan anak-anak ketika melayari internet.

Image from: Tune Talk Epik+ Family Safe Diperkenalkan – RM80 Sebulan, 700GB Data Dengan Kawalan Kandungan Anak-Anak

Pelan ini menawarkan 700GB data yang boleh dikongsi dengan bayaran RM80 sebulan. Ia boleh digunakan oleh satu talian utama bersama satu talian anak dan ibu bapa juga boleh menambah sehingga tiga talian anak tambahan dengan bayaran RM20 bagi setiap nombor. Di samping itu, pelan ini turut dilengkapi dengan pelbagai faedah tambahan yang memberi lebih nilai, khususnya untuk keluarga dengan anak-anak.

Image from: Tune Talk Epik+ Family Safe Diperkenalkan – RM80 Sebulan, 700GB Data Dengan Kawalan Kandungan Anak-Anak

Antara faedah utama pelan ini ialah One-Tap Parental Control (bernilai hingga RM30) yang membolehkan ibu bapa menetapkan laman web atau aplikasi sesuai untuk anak-anak serta menyekat kandungan tidak sesuai seperti laman dewasa atau perjudian. Melaluinya, Tunetalk turut menyediakan penapis kandungan di tahap rangkaian yang melindungi semua talian secara automatik daripada laman web tidak sesuai.

Image from: Tune Talk Epik+ Family Safe Diperkenalkan – RM80 Sebulan, 700GB Data Dengan Kawalan Kandungan Anak-Anak

Penapis ini menawarkan tiga tahap perlindungan iaitu High Protection (paling ketat), Medium Protection (sederhana) dan Low Protection (paling longgar). Dengan pilihan ini, ibu bapa boleh menetapkan tahap penapisan mengikut umur misalnya anak kecil sesuai dengan High Protection manakala remaja boleh menggunakan Medium atau Low Protection.

Image from: Tune Talk Epik+ Family Safe Diperkenalkan – RM80 Sebulan, 700GB Data Dengan Kawalan Kandungan Anak-Anak

Selain itu, pelan ini turut menyediakan Insurans PA sehingga RM500,000 sebagai perlindungan tambahan sekiranya berlaku kemalangan tidak dijangka. Di samping itu, pelanggan menerima akses percuma kepada Tune Talk Nova (bernilai RM30) iaitu aplikasi gaya hidup berbentuk astrologi sebagai bonus santai untuk mereka yang berminat.

Image from: Tune Talk Epik+ Family Safe Diperkenalkan – RM80 Sebulan, 700GB Data Dengan Kawalan Kandungan Anak-Anak

Seterusnya, pelanggan juga mendapat langganan PandaPro untuk foodpanda (bernilai RM6.90) dengan kelebihan seperti diskaun eksklusif dan promosi khas. Manakala kemudahan E-Roaming (Beta) (bernilai RM120) pula membolehkan penggunaan data internet di luar negara dengan sokongan di 13 negara buat masa ini.

Pelan Epik+ Family Safe ditawarkan pada harga RM80 sebulan. Melalui pelan ini, pelanggan menerima faedah bernilai kira-kira RM287 setiap bulan iaitu lebih RM3,443 setahun termasuk semua faedah yang telah disebutkan tadi. Sebagai pilihan lain, terdapat pelan Epik+ Family dengan kuota 1200GB data pada harga RM128 sebulan.

Image from: Tune Talk Epik+ Family Safe Diperkenalkan – RM80 Sebulan, 700GB Data Dengan Kawalan Kandungan Anak-Anak

Perbezaannya ialah pelan Family Safe lebih sesuai untuk keluarga kerana mempunyai ciri keselamatan tambahan untuk anak-anak ketika melayari internet, manakala pelan Family lebih sesuai untuk pengguna yang mahukan data besar tanpa ciri keselamatan dengan kemudahan sehingga lima talian boleh dihubungkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved