Tune Talk Perkenalkan Tune Talk Shop – Platform E-Dagang Sehenti Dalam Aplikasi

LocalTechnology
28 Apr 2026 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tune Talk telah memperkenalkan Tune Talk Shop iaitu platform e-dagang sehenti dalam aplikasi yang dibangunkan bersama Presto. Melalui platform ini, pengguna boleh membeli lebih 20,000 produk terpilih terus dalam aplikasi dengan sistem pembayaran dan penghantaran yang diurus sepenuhnya oleh Tune Talk.

image is not available

Platform ini memberikan pengalaman lengkap merangkumi semakan produk, pembayaran dan penghantaran tanpa perlu keluar dari aplikasi. Presto akan menyediakan katalog produk serta sistem sokongan termasuk penghantaran ke seluruh negara, manakala Tune Talk memastikan keseluruhan pengalaman membeli-belah berjalan lancar dengan sistem pembayaran yang selamat. Mata ganjaran Tune Talk Points juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada transaksi bagi menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bernilai.

image is not available
Hab Hiburan Dalam Aplikasi Tune Talk

Sejak kandungan hiburan seperti Games dan Drama diperkenalkan pada Mei tahun lalu, penggunaan aplikasi Tune Talk dikatakan meningkat kepada purata 36 minit sehari iaitu 400% lebih tinggi berbanding penanda aras global. Dengan lebih 1.8 juta pelanggan, Tune Talk memanfaatkan tahap penglibatan ini untuk memperkukuh ekosistemnya sebagai platform gaya hidup digital bukan sekadar penyedia sambungan telekomunikasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved