Tunggakan Bil Elektrik Hampir Cecah RM10K Tular Dan Hal Ini Banyak Terjadi Seperti Tiada Kesudahan

8 Oct 2022 • 9:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bil tertunggak walau bayaran bulanan tidak culas. Apa sudah terjadi?

Tunggakan Bil Elektrik Hampir Cecah RM10K Tular Dan Hal Ini Banyak Terjadi Seperti Tiada Kesudahan. Rasanya ini bukan kali pertama kejadian seperti tunggakan bil elektrik bulanan dicaj sedemikian rupa walaupun dimaklumkan bahawa bayaran bulanan tidak pernah culas.

Hal ini seperti tiada kesudahan kerana banyak netizen mengeluh hal yang sama. Apa yang sudah terjadi sebenarnya? Bagaimana sistem bacaan meter elektrik ini?

image is not available
Tunggakan Bil Elektrik Hampir Cecah RM10K Tular Dan Hal Ini Banyak Terjadi Seperti Tiada Kesudahan. Sumber gambar: FB Mrfrancisngu Hownhua

Tertunggak sehingga RM10K!

Tular satu perkongsian di Facebook Mrfrancisngu Hownhua dimana kejadian tunggakan bil elektrik yang hampir mencecah RM10K untuk bulan September 2022 ini. Menurut perkongsian tersebut juga, setiap bulan pembayaran dilakukan tanpa culas.

Namun, bulan September tiada bil elektrik yang diterima. Hanya baru diterima awal bulan Oktober ini dan amat mengejutkan apabila bil tersebut memiliki tunggakan sehingga mencecah ribuan ringgit.

Dengan perkongsian tersebut, pemilik akaun juga mengingati supaya orang awam elakkan pembayaran secara auto debit kerana difahamkan tunggakan ini mungkin terjadi kerana pembayaran bulanan dilakukan secara auto debit ini.

image is not available
Tunggakan Bil Elektrik Hampir Cecah RM10K Tular Dan Hal Ini Banyak Terjadi Seperti Tiada Kesudahan. Sumber gambar: FB Mrfrancisngu Hownhua

Netizen juga mengeluh hal yang sama banyak kali berlaku

Hal ini seperti tiada kesudahan dan diketahui juga bahawa banyak netizen di ruangan komen turut mengalami masalah yang sama. Mereka mengalami hal yang sama walaupun bayaran bulanan dilunaskan namun tunggakan akan semakin bertambah.

image is not available
Tunggakan Bil Elektrik Hampir Cecah RM10K Tular Dan Hal Ini Banyak Terjadi Seperti Tiada Kesudahan. Sumber gambar: FB Mrfrancisngu Hownhua

Semoga pihak yang terlibat boleh menjelaskan dan menyelesaikan permasalahan ini untuk meringankan beban rakyat dalam ekonomi negara kita yang masih kurang stabil pada masa kini.

Sekiranya permasalahan ini masih menjadi kekelisahan maka boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui cara terbaik untuk langkap pertama untuk bertindak: