Tunggakan Gaji Belum Selesai, Sekali TMJ Bagi Komen Di Instagram SUFC Telah Raih Sokongan Netizen

31 Aug 2022 • 5:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Komen ‘bayar gaji’ di Instagram Sarawak United FC

Tunggakan Gaji Belum Selesai, Sekali TMJ Bagi Komen Di Instagram SUFC Telah Raih Sokongan Netizen. Semalam riuh di laman sosial Instagram apabila Tengku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ telah meninggalkan satu komen di ruangan Instagram milik pasukan Liga Super, Sarawak United.

Berikutan isu pihak Sarawak United culas membayar tunggakan gaji pemain selama 4 bulan, TMJ telah meninggalkan satu komen ringkas iaitu “bayar gaji’ di salah satu posting di Instagram officialsarawakutdfc.

image is not available
Tunggakan Gaji Belum Selesai, Sekali TMJ Bagi Komen Di Instagram SUFC Telah Raih Sokongan Netizen. Kredit Foto: IG officialsarawakutdfc.

Difahamkan, Persatuan Pemain Bolasepak Malaysia (PFAM) telah menerima laporan daripada beberapa orang pemain Sarawak United mengenai isu tunggakan gaji pemain yang pada ketika ini sudah memasuki 4 bulan.

Bukan itu sahaja, lebih mendukacitakan, pihak Sarawak United juga didakwa gagal melunaskan sewa kediaman pemain dan mereka telah pun diberi notis untuk mengosongkan rumah tersebut.

Sarawak United tidak berdiam diri

Enggan berdiam diri dengan komen yang dihantar oleh TMJ mengenai pembayaran gaji pemain, Sarawak United telah membalas komen tersebut selepas beberapa jam.

image is not available
Kredit Foto: IG Officialsarawakutdfc

Menerusi komen tersebut, difahamkan pihak Sarawak United dalam usaha melangsaikan semua gaji pemain mereka.

Komen TMJ raih sokongan peminat bola sepak Sarawak

Meninjau di ruangan komen Instagram milik Sarawak United, rata-rata netizen khususnya peminat bola sepak Sarawak menyokong komen yang ditulis oleh TMJ.

Bukan itu sahaja, posting itu turut mendapat kecaman hebat oleh netizen Sarawak.

Antaranya ialah ada segelintir netizen berterima kasih kepada TMJ kerana baginda turut mengambil berat mengenai isu ini.

image is not available
Kredit Foto: IG Officialsarawakutdfc

image is not available
Kredit Foto: IG Officialsarawakutdfc

image is not available
Kredit Foto: IG Officialsarawakutdfc

image is not available
Kredit Foto: IG Officialsarawakutdfc

Dengan itu, diharapkan pihak pengurusan Sarawak United memandang serius mengenai kemelut yang dihadapi oleh mereka ini.

Isu ini hendaklah diselesaikan segera sebelum lebih banyak lagi ‘kontroversi’ yang melanda pasukan bola sepak kebanggaan Sarawak.

Baca lagi mengenai kemelut yang dihadapi oleh pihak Sarawak United: