“Tunggang isu” – Ada Pihak Didakwa Jual T-shirt #Justiceforzara Untuk Kaut Untung?

Entertainment
8 Aug 2025 • 12:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya semua sudah sedia maklum tentang isu menyayat hati yang menimpa adik Allahyarhamah Zara Qairina dan susulan itu juga, ‘laungan’ #Justiceforzara kini membanjiri semua platform media sosial.

Namun begitu, ada yang mendakwa bahawa terdapat pihak yang dikatakan cuba ‘menunggang’ isu ini untuk mengaut keuntungan.

Dikhabarkan, pihak tersebut ingin menjual t-shirt #justiceforzara kepada orang ramai, dan hasil jualan itu akan disalurkan kepada mangsa. Ia menjadi pertikaian kerana sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan bahawa keluarga mangsa tidak menerima wang tersebut.

@aliffbusu2

Memang takda kerja lain Hellmie ni, Semua kes dia nak tunggang lepastu nak kaut untung pulak #ceohellmie #justice4zara #tiktoklive #livehighlights

♬ original sound – Aliff Busu – Aliff Busu

Mereka mendakwa bahawa perkara yang sama turut terjadi kepada kes arwah adik Zayn Rayyan, yang mana individu ini dikatakan menjual t-shirt bagi isu berkenaan. Bahkan, ada juga khabar yang mengatakan bahawa pembeli tidak menerima t-shirt itu dan warganet mendakwa pihak tersebut melakukan kaedah sama terhadap kes #Justiceforzara ini.

Di samping itu, warganet turut menyatakan bahawa doa buat arwah adik Zara sudah memadai dan memohon orang ramai untuk hormati keluarga mangsa yang ingin menuntut keadilan.

Malah sebelum ini, individu yang dipercayai waris kepada arwah Zara Qairina juga telah memberi amaran tegas bahawa tindakan menjual baju tersebut dianggap sebagai satu bentuk ekploitasi terhadap mangsa dan keluarga, serta berniat ambil kesempatan atas kesedihan orang lain.

Malah, pihak waris tidak pernah memberi sebarang keizinan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama, wajah atau slogan #JusticeforZara untuk tujuan penjualan baju atau apa-apa aktiviti yang melibatkan keuntungan peribadi.

Boleh baca selanjutnya disini..

Hurm, waris sendiri pun dah larang, harap hormat lah mereka dan agar keadilan berpihak kepada keluarga Zara.

Sumber : Facebook, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.