‘Tunggu Pemilihan Tak Sampai 6 Bulan Pun, Sabar Saudara KJ’ – Ahmad Zahid

Politics
24 Nov 2022 • 11:35 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bersabar kerana pemilihan calon baharu bagi parti tersebut akan berlangsung tidak sampai enam bulan lagi.

Hal ini susulan satu kenyataan dikeluarkan oleh Khairy di laman Facebook rasminya mengenai perundingan parti dalam membentuk kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Ahmad Zahid.

“Sabar saudara KJ, tunggu pemilihan” – Ahmad Zahid

Menerusi komen balas pada hantaran tersebut semalam (23 November), Ahmad Zahid mengatakan setiap individu di dalam parti layak bertanding bagi mana-mana jawatan.

“Sabar saudara KJ. Tunggu pemilihan (UMNO) tak sampai enam bulan pun. Seluruh perwakilan akar umbi UMNO juga sudah tidak sabar mahu mengundi calon pilihan mereka.”

image is not available
Komen balas Zahid di hantaran Facebook KJ (Foto: Facebook/Khairy Jamaluddin)

Terdahulu, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO itu dalam satu kenyataan di laman media sosial menghentam beberapa pihak yang mempersoal tindakan beliau mengkritik Ahmad Zahid.

KJ pernah bertanding rebut jawatan Presiden UMNO

Dalam masa sama, Khairy turut mengingatkan semula bahawa sejak 2018 lagi beliau sudah menentang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam merebut jawatan Presiden UMNO setelah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

“2018 saya lawan Zahid untuk Presiden UMNO. Lepas tu banyak kali cakap dia kena beri laluan,” kata Khairy.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Source: