Tunjuk Jari Tengah Pada Penyokong Setia ‘Red Devils’, Bintang Manchester United Dikecam Ramai

FootballSports
29 May 2025 • 3:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Suasana meriah di Stadium Nasional Bukti Jalil bertukar menjadi tegang apabila pemain bintang Manchester United, Amad Diallo bertindak menunjukkan jari tengah kepada penyokong selepas kalah kepada pasukan Asean All Star malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Insiden memalukan itu berlaku sejurus tamat perlawanan persahabatan pascamusim yang menyaksikan kelab gergasi England itu tewas 0-1 kepada pasukan pilihan Asia Tenggara.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, ia memaparkan Amad tiba-tiba mengangkat jari tengahnya kepada penyokong ketika berjalan menuju ke bilik persalinan.

image is not available

Difahamkan, tindakan itu dipercayai balasan terhadap ejekan dan cemuhan penyokong yang menyuarakan kekecewaan terhadap prestasi yang agak mengecewakan malam tadi.

Selain itu, seorang lain pemain iaitu Alejandro Garnacho dirakam menunjukkan isyarat lucah kepada jurukamera ketika berjalan menuju ke bilik persalinan sebaik tamat perlawanan.

image is not available

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan tidak profesional pemain-pemain ini yang dilihat seperti tidak mampu mengawal emosi selain turut bertindak di luar batasan.

Semalam, skuad Asean All Stars telah mencipta kejutan besar dengan menewaskan Manchester United 1-0 menerusi jaringan Maung Maung Lwin pada minit ke-71.

image is not available 2 days ago

(TERKINI) Team Asean All Star 'Belasah' Pasukan Bola Sepak Antarabangsa Manchester United 1-0