Tunku Azizah berkenan melawat Centexs Sarawak

4 Jul 2022 • 11:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUCHING - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Heritage Technology dan Gastronomy Academy di Centre of Technical Excellence (Centexs) di sini, pada Isnin.

Baginda yang tiba di Centexs pada 3 petang meluangkan masa kira-kira tiga jam, melihat pameran tenunan keringkam dan songket serta sulaman manik dihasilkan oleh pelatih di akademi tersebut.

Tunku Azizah diiringi Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Baginda turut dipersembahkan dengan peragaan busana songket kontemporari dengan sentuhan moden oleh pereka fesyen tempatan Datuk Raymond Jolly, Wan Bainun Wan Zaizodin, Datuk Asfarena Samion Mon dan Harizan Khaider. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved