Tunku Azizah Pelawa Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot Untuk Pindah & Tinggal Di Tanah Milik Baginda

20 Jul 2026 • 6:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tunku Azizah Pelawa Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot Untuk Pindah & Tinggal Di Tanah Milik Baginda

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai seorang wanita Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran, Pahang yang dipercayai melakukan protes dengan berjalan kaki sejauh 200 kilometer Maran ke Putrajaya bersama anak perempuannya berusia tujuh tahun untuk menarik perhatian ekoran kebimbangan berhubung kehilangan tanah adat Orang Asli.

Tunku Azizah pelawa mana-mana keluarga masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot pindah ke tanah miliknya

Susulan daripada insiden itu Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah mempelawa masyarakat Orang Asli Kampung Sungat Cot yang memerlukan penempatan untuk berpindah serta tinggal di tanah miliknya di Kuala Wau, Maran.

Baginda turut meluahkan rasa simpati serta dukacita dan prihatin atas isu pertikaian tanah melibatkan masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.

Tunku Azizah ikut perkembangan berhubung perkara yang berlaku dan faham kebimbangan dan kesulitan dialami masyarakat itu

Jelas Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya baginda turut mengikuti perkembangan berhubung isu tersebut selain turut memahami kebimbangan dan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat berkenaan.

Kata beliau, baginda juga berpendapat masyarakat Orang Asli tidak hanya sebahagian daripada rakyat Pahang tetapi mereka sentiasa berada ada di tempat istimewa di hati Tunku Azizah.

Tegaskan Orang Kita tak perlu bimbang tentang masa depan mereka, baginda akan pastikan ada tempat tinggal dan tidak akan dipinggirkan

“Menerusi kajian tesis yang sedang disiapkan oleh baginda ketika ini, peranan Orang Asli adalah mustahak di dalam kemajuan negeri sejak dahulu lagi. Justeru itu kesejahteraan dan masa depan mereka sentiasa menjadi antara perkara yang diberikan perhatian oleh baginda.

“Demi perasaan kasih dan tanggungjawab itu, baginda dengan penuh ihsan mempelawa mana-mana keluarga daripada masyarakat Orang Kita Kampung Sungai Cot, Maran yang memerlukan penempatan untuk berpindah dan tinggal di tanah milik baginda di Kuala Wau, Maran.

“Baginda turut menegaskan bahawa masyarakat Orang Kita tidak perlu bimbang mengenai masa depan mereka. Sekiranya pada masa hadapan tanah milik baginda di Kuala Wau itu dibangunkan, baginda akan memastikan masyarakat Orang Kita yang menetap di situ akan terus mempunyai tempat tinggal dan tidak akan dipinggirkan.

“Mereka akan terus dibela dan boleh tinggal di kawasan tersebut. Baginda juga menegaskan bahawa pelawaan ini tidak terhad kepada masyarakat Orang Kita Kampung Sungai Cot, Maran sahaja,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Beliau turut memaklumkan mana-mana sahaja masyarakat Orang Asli yang memerlukan tempat untuk berteduh mahupun tempat penempatan yang baharu mereka dialu-alukan untuk tinggal di tanah milik baginda yang terletak di Kuala Wau, Maran serta mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Harap pelawaan untuk pindah dan tinggal di tanah baginda dapat berikan kelegaan kepada yang terkesan

Jelas Mohamed Zahari lagi, Tunku Azizah berharap pelawaan kepada masyarakat Orang Asli itu sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan kepada yang terkesan.

Bukan hanya itu baginda juga mahu memastikan kebajikan masyarakat Orang Kita juga terbela tanpa mengira latar belakang mahupun keadaan.

Seru untuk utamakan semangat permuafakatan, saling menghormati dan berunding dengan penuh hikmah untuk cari penyelesaian

“Pada masa yang sama, baginda menyeru semua pihak yang terbabit mengutamakan semangat permuafakatan, saling menghormati dan berunding dengan penuh hikmah dalam mencari jalan penyelesaian yang adil, berhemah serta memelihara kepentingan semua pihak.

“Baginda turut berharap segala usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak-pihak berkaitan dapat menghasilkan penyelesaian yang terbaik demi kesejahteraan masyarakat Orang Kita serta keharmonian negeri Pahang.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan jalan penyelesaian yang membawa kebaikan kepada semua pihak.”

Anwar Ibrahim maklum 3 penduduk Orang Asli Kampung Sungai Cot yang ditahan sudah dibebaskan

Pada 17 Julai lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tiga individu yang merupakan penduduk Orang Asli Kampung Sungai Cot yang ditahan ekoran pertikaian tanah sudah pun dibebaskan oleh polis.

Jelas Anwar, beliau telah berhubung menerusi telefon dengan wakil komuniti Orang Asli yang telah berkunjung ke kediamannya kelmarin (17 Julai) serta mendengar kebimbangan mereka berhubung pertikaian tanah dan penahanan itu.

Menurut beliau lagi, hal itu juga bakal dibawa kepada kerajaan Pahang kerana ia merupakan urusan tanah yang berada di bawah bidang kuasa negeri terbabit, lapor Free Malaysia Today.

Kata beliau semua pihak diminta untuk tidak memanipulasikan hal berkenaan dan selain mencari penyelesaian yang adil serta berhemah mengikut undang-undang.

Sebelum ini suami Juliana dan beberapa penduduk kampung dipercayai ditahan di IPD Maran

Terdahulu wanita yang berjalan kaki sejauh 200 km yang dikenali sebagai Juliana mendakwa tanah yang menjadi pertikaian tersebut merangkumi kawasan mencari hasil hutan yang menjadi tempat bergantung lebih 1,000 penduduk orang asli untuk menyara kehidupan selain alaman budayanya.

Juliana dipercayai berjalan kaki untuk ke rumah Perdana Menteri untuk berjumpa dengan beliau.

Juliana mendakwa beberapa penduduk kampung termasuklah suaminya telah ditahan dipercayai di IPD Maran sewaktu berlaku pertikaian berkenaan sebelum bertindak berjalan kaki untuk melakukan protes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved