Tunku Azizah Tawar Orang Asli Kampung Sungai Cot Tinggal Di Tanah Milik Baginda

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 9:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Cot, Maran yang sedang berdepan isu pertikaian tanah kini mendapat perhatian daripada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keprihatinan baginda dizahirkan menerusi rasa simpati dan dukacita terhadap nasib yang dihadapi penduduk di kawasan itu, selain sentiasa mengikuti perkembangan isu berkenaan.

Tunku Azizah tawar tanah baginda di Kuala Wau, Maran

Image from: Tunku Azizah Tawar Orang Asli Kampung Sungai Cot Tinggal Di Tanah Milik Baginda

Memetik laporan Berita Harian, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, baginda memahami kegusaran dan kesulitan yang sedang dihadapi masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Cot.

Menurut beliau, masyarakat Orang Asli bukan sahaja sebahagian daripada rakyat Pahang, malah mempunyai tempat istimewa di hati baginda. Malah, menerusi kajian tesis yang sedang disiapkan, baginda mengiktiraf peranan penting masyarakat Orang Asli dalam pembangunan negeri sejak dahulu lagi.

Atas rasa kasih dan tanggungjawab, baginda turut mempelawa mana-mana keluarga Orang Asli Kampung Sungai Cot yang memerlukan penempatan untuk berpindah dan menetap di tanah milik baginda di Kuala Wau, Maran.

Jaminan tempat tinggal untuk Orang Asli yang memerlukan

Image from: Tunku Azizah Tawar Orang Asli Kampung Sungai Cot Tinggal Di Tanah Milik Baginda

Sekiranya tanah milik baginda di Kuala Wau dibangunkan pada masa hadapan, mereka yang menetap di situ akan terus mempunyai tempat tinggal dan tidak akan dipinggirkan.Pelawaan ini tidak terhad kepada masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot sahaja.

Malah mana-mana masyarakat Orang Asli yang memerlukan tempat berteduh atau penempatan baharu juga dipersilakan untuk tinggal di tanah milik baginda di Kuala Wau selepas mendapat perkenan baginda dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.- Katanya.

Baginda berharap pelawaan itu dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terkesan, selain memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli terus terbela tanpa mengira latar belakang atau keadaan.

The post Tunku Azizah Tawar Orang Asli Kampung Sungai Cot Tinggal Di Tanah Milik Baginda appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved