Tuntutan China Ke Atas Perairan Sabah Sarawak, Malaysia Hantar Nota Bantahan

31 Aug 2023 • 4:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023

Tuntutan China Ke Atas Perairan Sabah Sarawak, Malaysia Hantar Nota Bantahan. Baru-baru ini, Kementerian Sumber Asli China telah melancarkan edisi 2023 dari peta standard negaranya.

Di dalam peta Standard China 2023 yang turut mencakupi kawasan perairan Sabah Sarawak menunjukkan niat sebenar negara republik berkenaan terhadap perancangan mereka untuk ‘menguasai’ beberapa kawasan strategik yang selama ini sering diceroboh negara terbabit.

image is not available
Tuntutan China Ke Atas Perairan Sabah Sarawak, Malaysia Hantar Nota Bantahan

Malaysia kekal dengan pendiriannya dalam isu tuntutan dan persempadanan maritim di Laut China Selatan

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengatakan langkah ini adalah tindakan susulan yang diambil oleh kerajaan berkenaan isu tersebut.

“Ini adalah amalan kami (ketika berhadapan dengan isu-isu seperti ini)… dan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra semalam, langkah seterusnya termasuklah penghantaran nota bantahan,” katanya.

image is not available

Peta tersebut tidak mempunyai kuasa yang mengikat terhadap Malaysia, menurut kenyataan tersebut.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan semalam menyatakan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, sebagaimana yang digariskan dalam ‘China Standard Map Edition 2023’, yang juga merangkumi kawasan maritim Malaysia.

image is not available

Kementerian Sumber Asli China mengeluarkan ‘China Standard Map Edition 2023’, yang juga merangkumi kawasan zon ekonomi eksklusif (EEZ) maritim Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia, dan Vietnam, serta beberapa kawasan di India.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: