
Kota Kinabalu: Mahkamah Khas Rasuah di sini menetapkan 3 Disember tahun ini untuk sebutan kes tiga jururawat dan dua pegawai pembantu perubatan yang didakwa menggunakan dokumen palsu untuk menuntut bayaran kerja lebih masa mereka.
Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menetapkan tarikh itu untuk Jururawat Marvilta Michael Poudi, 35, Naliah Saliwat, 37, Azrina Abd Aziz, 36, dan pegawai pembantu perubatan Aemy Melanie Elon, 33, serta Junior Justin, 34, apabila kes mereka dihadapkan untuk sebutan.
Marvilta menghadapi lapan pertuduhan, Naliah sembilan pertuduhan, Azrina tiga pertuduhan, Aemy 14 pertuduhan dan Junior sembilan pertuduhan.
Bagi pertuduhan pertama hingga kelapan, Marvilta dituduh menggunakan dokumen palsu untuk menuntut bayaran kerja lebih masa antara 1 Dis 2020 dan 1 Jul 2021 dengan jumlah sebanyak RM24,482.88.
SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Sementara itu, Naliah bagi pertuduhan pertama hingga kesembilan, dituduh menggunakan dokumen palsu untuk menuntut bayaran kerja lebih masa antara 17 Jul 2020 dan 12 Ogos 2021 dengan jumlah sebanyak RM29,100.82.
Azrina bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, didakwa menggunakan dokumen palsu untuk menuntut bayaran kerja lebih masa antara 11 Jun 2021 dan 5 Ogos 2021 dengan jumlah sebanyak RM9,728.83.
Sementara itu, Aemy bagi pertuduhan pertama hingga ke-14, dituduh menggunakan dokumen palsu untuk menuntut bayaran kerja lebih masa antara 7 Apr 2020 dan 5 Ogos 2021 dengan jumlah sebanyak RM41,922.94.
Junior bagi pertuduhan pertama hingga kesembilan, dituduh menggunakan dokumen palsu untuk menuntut bayaran kerja lebih masa antara 17 Jul 2021 dan 12 Ogos 2021 dengan jumlah sebanyak RM36,155.51.
Pertuduhan menyatakan bahawa kelima-lima tertuduh, yang merupakan kakitangan Klinik Kesihatan Inanam, di sini, didakwa mengemukakan dokumen palsu antaranya Jadual Extended Hours, salinan Jadual Bertugas Perkhidmatan Lanjutan Klinik Inanam, senarai nama kakitangan yang menjalankan tugas on-call, dan salinan Kad Perakam Waktu.
Semasa prosiding, pihak pendakwaan telah menyerahkan beberapa dokumen kepada semua tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Izzati Safiee hadir untuk pendakwaan manakala peguam Sylvester Kuan mewakili Marvilta dan Azrina, manakala yang lain tidak diwakili.
Jaminan bagi kelima-lima tertuduh dilanjutkan sementara menunggu penyelesaian kes mereka.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

