X/Twitter telah diharamkan daripada Brazil pada penghujung Ogos selepas platform media sosial milik Elon Musk ini enggan menghalang beberapa akaun yang menyebarkan fitnah serta gagal melantik wakil untuk berhadapan dengan beberapa kes mahkamah. Akibatnya X kehilangan lebih 22 juta pengguna kerana ia pasaran ke-enam terbesar mereka sekaligus menjejaskan pendapatan pengiklanan.

Walaupun pada awalnya Elon Musk enggan mengikuti arahan mahkamah Brazil kerana “kebebasan bersuara”, X akhirnya tunduk dengan melantik wakil dan membayar denda selepas akaun Starlink dibekukan. X juga bersetuju menghalang akaun yang didakwa menyebarkan maklumat palsu d Brazil. Oleh sebab itu mahkamah Brazil kini membenarkan X untuk kembali beroperasi di negara tersebut.
Tekanan yang diberikan nyata berkesan dan rungutan lebih 22 juta pengguna tidak dapat diendahkan. Sejurus selepas diharamkan, lebih 2 juta akaun baharu di Bluesky dibuka oleh pengguna dari Brazil. Jelas sekiranya ia melibatkan wang dan pengiklanan, Elon Musk akan akhir dengan perintah sesebuah negara.
Sungguhpun begitu, di Malaysia X telah disahkan sebagai media sosial yang paling enggan mengikuti arahan yang diberikan pihak berkuasa dengan Meta pula adalah sebaliknya.



