Turkiye dilanda bencana terburuk dalam sejarah negara itu

11 Feb 2023 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ANKARA, 11 FEB: Turkiye dilanda satu bencana terburuk dalam sejarah negara, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat, merujuk kepada gempa bumi kuat yang melanda negara itu.

“Sebagai sebuah negara, kita sedang menghadapi satu bencana terbesar dalam sejarah negara kita,” kata Erdogan semasa meninjau usaha mencari dan menyelamat dan bertemu dengan mangsa gempa bumi di wilayah Adıyaman.

Beliau berkata kemusnahan “serius” berlaku di 10 wilayah, lapor Agensi Anadolu.

Erdogan berkata sekurang-kurangnya 18,991 orang terbunuh dan 75,523 yang lain cedera sejak dua gempa bumi yang berpusat di wilayah Kahramanmaras melanda selatan Türkiye pada Isnin.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 itu menjejaskan lebih 13 juta penduduk di 10 wilayah itu termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Erdogan berikrar akan membina semula wilayah selatan itu dan ia akan menjadi antara agenda penting di bawah pelan setahun kerajaan.

“Kita akan pastikan rakyat yang tidak mahu tinggal di khemah dapat berpindah ke kediaman dan kita akan menanggung bayaran sewa selama setahun,” katanya.

Selain itu, beliau menyeru rakyat agar tidak memberi pujian kepada mereka yang mahu mengambil peluang untuk menyalahgunakan perpaduan dan solidirati.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved