Turkiye minat wujudkan Pusat Bahasa Melayu di universiti

29 Sep 2026 • 4:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Turkiye minat wujudkan Pusat Bahasa Melayu di universiti

PETALING JAYA– Kerajaan Turkiye menyatakan minat untuk menubuhkan Pusat Bahasa Melayu di salah sebuah universiti di negara itu bagi memperkenalkan bahasa dan budaya Malaysia kepada lebih ramai pelajar.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuan dua hala bersama Timbalan Pengerusi Universiti Ibn Haldun, Necmeddin Bilal Erdogan di Istanbul, Turkiye.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan berpotensi menjadi platform baharu untuk memperkukuh hubungan pendidikan dan kebudayaan antara Malaysia dengan Turkiye.

“Kerajaan Turkiye berminat untuk menubuhkan Pusat Bahasa Melayu di salah sebuah universiti di sini.

“Inisiatif ini berpotensi memperkenalkan bahasa dan budaya Malaysia kepada lebih ramai pelajar serta mengeratkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Dalam pertemuan itu, Zambry turut membincangkan kerjasama pendidikan tinggi Malaysia-Turkiye termasuk usaha menggalakkan lebih ramai pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Universiti Ibn Haldun.

Katanya, Bilal Erdogan sebelum ini turut menyatakan hasrat untuk mengajak lebih ramai pelajar Malaysia menyambung pengajian di universiti berkenaan.

“Insya-Allah, kita akan meneliti peluang dan laluan yang sesuai untuk merealisasikannya,” katanya.

Terdahulu, Zambry berpeluang berkongsi pandangan mengenai peranan penyelidikan dan sains sosial dalam era kecerdasan buatan (AI) di Universiti Ibn Haldun.

Beliau berkata, teknologi membantu manusia mencari maklumat dan menganalisis data dengan lebih pantas, namun manusia tetap memainkan peranan penting dalam menentukan persoalan yang tepat, memahami masyarakat serta menggunakan ilmu secara bertanggungjawab.-KOSMO! ONLINE.

The post Turkiye minat wujudkan Pusat Bahasa Melayu di universiti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved