Turkiye panggil pulang duta di Israel susulan serangan ke atas orang awam di Gaza

5 Nov 2023 • 8:23 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISTANBUL: Turkiye telah memanggil pulang dutanya di Tel Aviv untuk rundingan di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Luar pada Sabtu.

“Menyedari tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza akibat serangan berterusan Israel terhadap orang awam dan keengganan Israel memenuhi seruan gencatan senjata serta kemasukan bantuan kemanusiaan yang berterusan dan tanpa halangan, adalah diputuskan untuk memanggil balik Duta kita di Tel Aviv, Sakir Ozkan Torunlar, ke Ankara untuk berunding,“ menurut kenyataan Kementerian Luar, lapor Agensi Anadolu.

Tentera Israel telah memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza sejak konflik tercetus pada 7 Okt.

Sekurang-kurangnya 9,488 penduduk Palestin, termasuk 3,900 kanak-kanak telah terbunuh, menurut angka rasmi.

Bekalan asas semakin berkurangan untuk penduduk Gaza kerana kepungan Israel, di samping peningkatan besar jumlah korban dan kehilangan tempat tinggal. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved