Bilangan Syahid Meningkat, Gaza Kini Jadi Kubur Kanak-Kanak

5 Nov 2023 • 2:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Semenanjung Gaza kini boleh menjadi kubur bagi kanak-kanak ekoran tercetusnya konflik Israel-Palestin sejak 7 Oktober lalu, lapor Anadolu Ajansı.

Menurut laporan, sejak tercetusnya konflik, laporan menunjukkan lima kanak-kanak di Semenanjung Gaza maut setiap lima jam.

Separuh daripada penduduk Gaza yang berjumlah 2.3 juta orang terdiri daripada kanak-kanak, manakala jumlah belia yang terbunuh dalam tiga empat minggu pertama konflik telah melebihi purata global kanak-kanak yang maut dalam tempoh tiga tahun lalu.

Difahamkan, lebih 40 peratus daripada 7,028 rakyat Palestin yang maut dalam konflik adalah kanak-kanak, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sementara itu, organisasi yang berpangkalan di United Kingdom, Save The Children berkata, lebih 3,000 kanak-kanak terbunuh di Palestin dalam tempoh tiga minggu.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata, Israel telah membunuh seramai 9,061 penduduk Palestin dalam serangan. Ini termasuklah 3,760 kanak-kanak, 2,326 wanita manakala sekurang-kurangnya 32,000 orang cedera.

image is not available

Save The Children berkata, jumlah kanak-kanak yang maut di Palestin dalam tempoh tiga minggu lepas melebihi jumlah kanak-kanak yang terbunuh dalam konflik di seluruh dunia dari 2020 hingga 2022.

Dalam laporan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Konflik Bersenjata dan Kanak-kanak, dinyatakan seramai 2,985 kanak-kanak meninggal dunia di 24 negara dalam konflik pada 2022; 2,515 terbunuh pada 2021 dan 2,674 pada 2020.

Laporan untuk 2019 tidak memberikan maklumat mengenai jumlah negara tetapi mengatakan seramai 4,019 kanak-kanak terbunuh dalam konflik di seluruh dunia.

Kementerian Kesihatan Palestin yang menerbitkan laporan setebal 212 muka surat mengenai kematian di Gaza akibat serangan Israel antara 7 Oktober dan 26 Oktober mendapati 2,913 daripada 7,028 yang terbunuh adalah kanak-kanak.

Daripada jumlah itu, 133 bayi di bawah umur setahun manakala 444 lagi bayi di bawah umur tiga tahun turut terbunuh.

image is not available

Selain itu, 171 kanak-kanak berusia tiga tahun, 1,527 kanak-kanak peringkat sekolah rendah (4 hingga 13 tahun), dan 523 kanak-kanak peringkat sekolah menengah (14 hingga 17 tahun) juga dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, WHO mengumumkan sebahagian besar daripada 18,482 penduduk yang cedera di Palestin sejak 7 Oktober lalu adalah kanak-kanak.

Gaza kini kubur kanak-kanak

Menurut Unicef, Gaza kini menjadi kubur bagi kanak-kanak. Jurucakap Unicef James Elder menyatakan kebimbangan mengenai kematian kanak-kanak di Gaza akibat serangan berterusan Israel.

Beliau menegaskan kanak-kanak terjejas teruk akibat konflik itu. Elder mengulangi desakan UNICEF untuk gencatan senjata segera dan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa gangguan ke Gaza.

“Kanak-kanak di Gaza bukan sahaja meninggal dunia kerana pengeboman, tetapi mereka juga maut kerana kekurangan rawatan perubatan yang mereka perlukan,” katanya.

image is not available

sesi akademik

terpaksa ditamatkan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved