Turkiye: Suami isteri ditemukan selamat selepas terperangkap dalam runtuhan selama 129 jam

12 Feb 2023 • 8:26 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISTANBUL: Sepasang suami isteri warga Turkiye dari wilayah selatan Adýyaman diselamatkan selepas terperangkap di bawah runtuhan lebih 129 jam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik badan penyiar negara itu, TRT.

TRT menunjukkan rakaman pasangan suami isteri itu dibawa masuk ke dalam ambulans.

Lelaki itu dilihat melambai ke arah kamera.

Bagaimanapun, tiga anak perempuan mereka dipercayai meninggal dunia dalam bencana gempa bumi kuat yang melanda Turkiye pada Isnin. -Bernama