Turnitin Berkata 11% Kertas Kerja Pelajar Kini Ditulis Dengan Bantuan AI

TechnologyDigital
15 Apr 2024 • 10:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah kecerdasan buatan (AI) akan menghasilkan generasi pelajar yang malas? Ini ialah kerisauan di kalangan tenaga pengajar dan ahli akademik selepas ChatGPT dilancarkan dua tahun lalu. Turnitin, perisian yang digunakan oleh pensyarah serta guru telah mengeluarkan laporan yang mendapati 11% kertas kerja pelajar kini ditulis dengan bantuan AI.

image is not available

Laporan diterbitkan selepas menganalisa lebih 200 kertas kerja yang disemak oleh ciri mengesan penulisan AI oleh Turnitin. Daripada sampel ini, 22 juta (11%) sekurang-kurangnya mengandungi 20% kandungan kertas kerja yang ditulis oleh AI. Sementara itu sebanyak 6 juta (3%) pula sekurang-kurangnya mengandungi 80% kandungan kertas kerja yang ditulis oleh AI.

Majoriti kertas kerja pada ketika ini masih lagi ditulis sendiri oleh pelajar. Kerisauan ahli akademik nampaknya masih belum menjadi kenyataan. Dari pengamatan kami, AI masih belum mampu menulis sebaik manusia. Tetapi di masa hadapan dengan model yang lebih terkini, ia mungkin meningkat dan sukar untuk dikesan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved