Kemaskini MagicOS 8.0 Mula Diedarkan Pada Lebih Banyak Peranti Honor

TechnologyDigital
9 Apr 2024 • 1:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelancar baharu MagicOS 8.0 telah diumumkan pada Januari lalu. Ia dibina berasaskan Android 14 yang turut hadir dengan model kecerdasan buatan (AI) terbina MagicLM pada sistem yang memberikan beberapa ciri baharu lebih baik.

image is not available

Berkongsi perkembangan baharu mengenainya Honor dalam diam dikhabarkan mula menawarkan pelancar tersebut pada lebih banyak peranti. Memetik perkongsian di laman Reddit, beberapa pengguna global memaklumkan mula menerima kemaskini MagicOS 8.0 pada peranti Magic5 Pro mereka.

Ia sekaligus membolehkan para pengguna untuk menikmati pelbagai ciri baharu yang dibahagikan kepada beberapa kategori berbeza. Ianya termasuk pengalaman penggunaan lebih lancar, kemudiannya diikuti dengan ciri Magic Capsule dan Magic Portal yang amat berguna untuk kegunaan harian.

image is not available

MagicOS 8.0 juga memberi tumpuan terhadap pelindungan privasi lebih baik menerusi ciri Parallel Space yang boleh melindungi aplikasi, gambar dan video seluruh sistem.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved