‘Turun Pakai Parachute Ke?’, Student UPNM Balik Raya Naik Pesawat C-130 Hercules Buat Netizen Teruja

15 Apr 2023 • 10:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Student UPNM balik raya ke Sabah Sarawak guna pesawat tentera

‘Turun Pakai Parachute Ke?’, Student UPNM Balik Raya Naik Pesawat C-130 Hercules Buat Netizen Teruja. Satu video di laman Tiktok ini telah menarik perhatian netizen dengan sekumpulan pelajar pulang ke kampung halamannya menggunakan pesawat C-130 Hercules.

Difahamkan bahawa, pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlihat teruja apabila masuk ke dalam pesawat tersebut.

image is not available
‘Turun Pakai Parachute Ke?’, Student UPNM Balik Raya Naik Pesawat C-130 Hercules Buat Netizen Teruja

Netizen teruja lihat pengalaman pelajar tersebut

Difahamkan juga, pelajar tersebut telah menaiki pesawat C-130 Hercules yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah dan juga Sarawak untuk balik raya.

Pengalaman unik tersebut telah dikongsi oleh pelajar tersebut di media sosial, dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari netizen yang teruja dengan pengalaman tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Video tersebut juga mengundang komen netizen yang lucu antaranya dengan mengajukan soalan sama ada mereka terpaksa turun menggunakan parachute ataupun tidak.

Pesawat C-130 Hercules merupakan salah satu pesawat pengangkut tentera yang terkenal di dunia, dan sering digunakan dalam operasi pengangkutan untuk pasukan tentera di seluruh dunia. Ia juga digunakan untuk mengangkut bekalan dan peralatan tentera, serta untuk menjalankan misi kemanusiaan di seluruh dunia.

image is not available

Menjadi satu pengalaman yang jarang dijumpai untuk menaiki pesawat C-130 Hercules sebagai penumpang, dan pelajar tersebut merasa sangat bersyukur dapat mengalami pengalaman tersebut.

Lagi artikel menarik, lihat pautan di bawah: