“Tutup Mata Je Siapkan, Tak Susah Langsung” – Pelajar Sindir Pensyarah ‘Try Hard’ Bagi Tugasan Banyak, Bangga Siapkan Pakai Deepseek & ChatGPT

LocalTechnology
5 May 2025 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kenyataan seorang pelajar daripada Universiti awam di Sarawak baru-baru ini mencetuskan pelbagai respon dalam kalangan warga maya apabila dia seolah-olah menyindir golongan pendidik yang didakwa ‘try hard’ dalam memberikan tugasan kepada pelajar namun dapat diselesaikan dengan mudah dengan bantuan aplikasi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) seperti Deepseek dan ChatGPT.

Dalam hantaran Facebook Unimas Confession itu, individu itu menempelak sikap pensyarah yang kononnya memberi tugasan secara ‘last minute’ namun ia tidak lagi menjadi satu cabaran disebabkan kewujudan aplikasi Ai itu.

image is not available

Malah, dia juga merasa bangga kerana mampu meraih markah cemerlang dalam setiap tugasan.

I kesian kat lecturer Unimas especially yang boomers. Mereka try hard nak bagi assignment berlambak, last minute tapi sikit pun tak menyukarkan kami.

Kami boleh tutup mata je siapkan sehari sebelum dengan bantuan ChatGPT Premium, Deepseek dan Gemini. Assignments kami semua letup-letup you alls. Siap citation and references.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut ternyata telah menuai perbincangan di mana golongan pensyarah tampil mendedahkan bahawa mereka dapat membezakan hasil tugasan asli ataupun janaan Ai.

image is not available

Kata netizen lagi, aplikasi kecerdasan buatan ini mungkin dapat ‘membantu’ ketika menulis atau membuat tugasan namun tidak dapat digunakan ketika ujian dan kuiz.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Masa Depan 'Programmer' Diancam? Hampir 30% Kod Microsoft Ditulis Oleh Ai - CEO Microsoft