Tutup Muka Pakai Kain & Topi Ketika Ceramah, Netizen Simpati Lihat Keadaan Ustaz Kazim

23 Aug 2022 • 1:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak lama dulu, ramai yang bersimpati mendengar dugaan yang menimpa pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias yang menderita sakit misteri hampir setahun yang lalu hingga menyebabkan luka pada seluruh badannya termasuk di bahagian muka.

Meskipun katanya sakit tersebut semakin membaik, awal pagi ini, ramai di kalangan netizen meluahkan rasa sedih apabila melihat ustaz berkenaan muncul dalam ceramah live di Facebook dalam keadaan wajah bertutup dengan kain dan memakai topi bercorak celoreng.

Allahu. Sebak tengok Ustaz Kazim. Sampai ‘terpaksa’ pakai begini pun masih bagi ceramah.Moga dikurniakan kesihatan yang baikimage is not available

Posted by Taiping Zone on Monday, August 22, 2022

Wajah tak boleh kena cahaya?

Menerusi live di Facebook rasmi beliau awal pagi tadi, Ustaz Kazim dilihat memberikan ceramah berkenaan Yakjuj dan Makjuj.

Meskipun dengan wajah yang bertutup, penceramah ini dilihat masih lagi bersemangat menyampaikan ceramah. Allahu… kuat semangat ustaz ye.

BINASANYA YAKJUJ DAN MAKJUJ

BINASANYA YAKJUJ DAN MAKJUJ

Posted by Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias on Monday, August 22, 2022

 

Menerusi komen di Facebook, ada yang menjelaskan bahawa Ustaz Kazim terpaksa menutup wajahnya kerana kulitnya agak sensitif dengan cahaya.

image is not available

Perkongsian berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mendoakan semoga Ustaz Kazim kembali sembuh seperti sediakala daripada penyakit misteri yang dialaminya.

image is not available

Terdahulu, Ustaz Kazim juga pernah berkongsi akan keadaan wajahnya yang ditumbuhi ketulan kecil berwarna hitam.

Keadaan itu juga menurutnya bukan sahaja menimbulkan rasa sakit, gatal dan pedih tetapi membuatkan dia berasa gelisah hingga tidak dapat tidur seharian berbulan lalu.

Marilah kita mendoakan kesihatan Ustaz Kazim ya… semoga cepat sembuh.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.