Tutup Mulut Dengan Kain, Isteri 14 Tahun Diperkosa Rakan Suami

23 Jun 2024 • 2:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kes rogol melibatkan gadis bawah umur di Taman Tasik Permai disiasat

Tutup Mulut Dengan Kain, Isteri 14 Tahun Diperkosa Rakan Suami. Seorang gadis Rohingya berumur 14 tahun telah dirogol oleh kenalan suaminya, seorang lelaki warga Myanmar, di sebuah kediaman di kawasan Taman Tasik Permai pada 26 Mei yang lalu.

Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, memaklumkan bahawa mangsa mendakwa suspek berusia 20 tahun telah mendatanginya sekitar pukul 3 petang.

image is not available
Tutup Mulut Dengan Kain, Isteri 14 Tahun Diperkosa Rakan Suami

Menurut sumber, suspek telah memberitahu mangsa bahawa bapa mangsa sedang sakit. Apabila tiba di rumah manga, suspek telah menarik tangan mangsa dan menutup mulutnya dengan kain sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya.

Selepas laporan polis dibuat, pihak berkuasa berjaya menahan suspek yang bekerja sebagai tukang besi. Ujian air kencing menunjukkan suspek bebas daripada pengaruh dadah.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 28 Jun, dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Baca juga artikel yang berkaitan: