Saling tukar hadiah barangan Eco, ramai gembira lihat pasangan ini sambut ‘anniversary’

20 Jun 2024 • 3:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tukar hadiah

Sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan dengan tukar hadiah yang dibeli dari sebuah kedai serbaneka telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh sorang lelaki yang dikenali sebagai Yeop Azrul di laman TikToknya, kelihatan dia dan isteri menyambut ulang tahun perkahwinan secara sederhana di kediaman mereka.

Dalam perkongsian tersebut, pasangan bahagia itu masing-masing memegang beg berisi hadiah yang akan ditukarkan antara mereka mengikut warna.

Tukar hadiah

@yeopsenyom_

First Anniversary Challenge. Tukar hadiah ikut warna, versi @eco-shop Malaysia is sooooooo fun! @Liana Video ni agak panjang, enjoy it!

♬ original sound – Yèop Azrul – Yèop Azrul

“Cabaran ulang tahun perkahwinan yang pertama, tukar hadiah ikut warna versi Eco Shop sangat menyeronokan!” ujarnya.

Tukar hadiah

image is not available

Netizen tumpang bahagia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira apabila melihat keharmonian rumah tangga pasangan itu malah ada individu sempat berseloroh dengan meminta kedai serbaneka tersebut menghadiahkan baucar kepada mereka.

image is not available image is not available

Pandai si suami pilih hadiah!

Bukan itu sahaja, ramai yang memuji Yeop Azrul yang pandai memilih hadiah berbentuk keperluan dapur dan rumah untuk isterinya.

image is not available

Sumber: TikTok @Yeop Azrul