WhatsApp Mula Perkenal Ciri Menghantar Video HD Kepada Semua

TechnologyDigital
8 Sep 2023 • 8:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas memperkenalkan kebolehan menghantar gambar pada resolusi HD, kini WhatsApp mengumumkan mereka telah mula memperkenalkan ciri menghantar video dalam bentuk HD kepada semua – secara berperingkat.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna WhatsApp untuk menghantar video dengan resolusi lebih tinggi berbanding sebelum ini. Ini sekaligus mengelak kadar kualiti video jatuh mendadak seperti sebelumnya.

image is not available

WhatsApp sebelum ini mengehadkan penghantaran pada resolusi tinggi disebabkan kelajuan internet dan storan peranti yang terhad. Tetapi, dengan perkembangan ke arena 5G, disamping peningkatan teknologi storan pada peranti, kini WhatsApp mula memperkenalkan ciri menghantar pada resolusi lebih baik.

Disamping ciri ini, WhatsApp juga didapati sedang menguji ciri untuk menghantar gambar dan video pada resolusi asal melalui perkhidmatan permesejan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved