Tweet Lama Selalu Hina PAS Dibongkar Netizen, Wan Fayhsal Akui Silap Dan Mohon Maaf

Politics
4 Nov 2022 • 9:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal nampaknya tercalon lagi untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 atas tiket Perikatan Nasional.

Wan Ahmad Fayhsal diumumkan sebagai calon di Parlimen Machang dengan menggunakan logo parti PAS. Penggunaan logo PAS ini bagaimanapun, menarik perhatian netizen selepas berjaya membongkar ciapan lama beliau di Twitter yang pernah menghina parti PAS.

Bod*h penyokong PAS…

image is not available

Minta maaf kerana telah menggunakan kata-kata yang kurang sopan…

Sedar ciapan lamanya sedang dibongkar netizen, Fayhsal tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook miliknya dengan mengakui dirinya telah melakukan kesilapan.

Saya ingin meminta maaf kepada semua ahli Parti Islam Se-Malaysia kerana telah menggunakan kata-kata yang kurang sopan.

Saya akan terus bersama dengan Perikatan Nasional dan PAS untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia, menurut tuntutan Islam.

image is not available

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.