“Yang Dah Lepas Tu Lepaslah” – Nabil Tak Benarkan Isteri Kawan Baik Dengan Ex-GF, Akui Manusia Pernah Buat Silap

20 Oct 2022 • 2:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad memberitahu bahawa dia tidak membenarkan isterinya, Nazirah Ayub untuk berkawan baik dengan bekas kekasihnya.

Kata pengacara program nyanyian Gegar Vaganza ini, perbuatan itu juga sebenarnya tidak baik bagi hubungan suami isteri di masa akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Jelasnya lagi, setiap manusia mempunyai masa lampau dan selalu membuat kesilapan.

Aku kalau boleh yang dah lepas tu lepas lah. Aku pun rasa isteri tak perlu tahu masa lampau aku begitu juga aku. Sebab kita manusia kita akan buat silap.

Contohnya, aku bawa isteri lepak dengan bekas kekasih tiba-tiba dia bercerita benda lama pernah buat dengan dia yang isteri sendiri tak tahu. Bukan ke ia akan merosakkan hubungan tu?

Nabil juga mempersoalkan keperluan untuk melakukan hal seperti itu dan ia seolah-olah boleh ‘menjahanamkan’ diri sendiri.

Perkara tersebut diluahkan Nabil ketika slot 3 Pagi Era bersama penyampai yang lain iaitu Pak Azad dan Radin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

Dato Seri Vida Bawa Imej Baru Pakai Turban, Michael Ang 'Straight' Cakap - "Dah Macam Pondan!"