Twitter Beri Data Lebih 49 Tebibait Atas Permintaan Elon Musk

TechnologyDigital
15 Jul 2022 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Salah satu perkara yang dikatakan oleh Elon Musk ketika memfailkan pembatalan pengambil-alihan Twitter, adalah Twitter tidak memberikan maklumat berkaitan dengan akaun palsu pada platform mereka.

Menyentuh mengenainya, Twitter melalui saman yang difailkan terhadap Elon Musk, mengatakan mereka telah memberikan data lebih 49 Tebibait kepada Elon Musk.

Untuk makluman, Tebibait adalah singkatan untuk Tera Binary Byte, dan digunakan sebagai nilai untuk kapasiti perkomputeran. 1 TiB adalah sekitar 1.1 trilion bait data. Membezakan pengiraan juga adalah dimana ia menggunakan nombor asas 2 untuk kiraan, berbanding dengan terabait yang menggunakan nombor asas 10.

Dengan pemberian sebanyak 49 TiB, Twitter menawarkan sejumlah besar data atas permintaan Elon Musk. Ini sekaligus memperlihatkan yang permintaan Elon Musk telah dipenuhi, dan pembatalan ini mungkin bukan kerana ketiadaan informasi seperti diperkatakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved