Elon Musk batal perjanjian beli Twitter

9 Jul 2022 • 5:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SAN FRANCISCO, 9 JULAI: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk pada Jumaat membatalkan perjanjian US$44 bilion untuk membeli Twitter, menyalahkan syarikat itu kerana menyekat maklumat mengenai jumlah akaun palsu dan spam, lapor Xinhua.

Peguam Musk mendakwa Twitter gagal mematuhi kewajipannya dalam perjanjian penggabungan dan “melanggar pelbagai peruntukan” perjanjian yang ditandatangani pada April.

Pengerusi Lembaga Twitter Bret Taylor berkata syarikat itu komited untuk menutup perjanjian pada harga dan syarat yang dipersetujui dengan Musk, dan merancang meneruskan tindakan undang-undang untuk menguatkuasakan perjanjian penggabungan.

“Kami yakin kami akan menang di Mahkamah Chancery Delaware,” ciap Taylor, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Salesforce.

Pada April, Elon Musk mengumumkan pengambilalihan Twitter bernilai US$44 bilion. Kemudian pada Mei, Musk berkata perjanjian itu ditangguhkan buat sementara waktu kerana beliau meminta butiran mengenai jumlah akaun spam dan palsu platform sosial itu.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved