Twitter Blue Meningkatkan Had Perkongsian Tweet Kepada 25,000 Aksara

TechnologyDigital
21 Jun 2023 • 10:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter Blue, perkhidmatan berbayar di Twitter sedia menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan berbanding akaun percuma – dan salah satunya adalah kebolehan berkongsi Tweet yang panjang. Terbaru, hari ini pihak Twitter meningkatkan lagi had perkongsian Tweet dari 10,000 aksara sebelum ini kepada 25,000 aksara.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan para pengguna untuk berkongsi penulisan yang lebih panjang dengan hanya satu Tweet sahaja – tanpa perlu menulis untaian yang panjang secara berasingan.

Langkah ini juga dijangka menyasarkan penerbit kandungan dan pempengaruh – membolehkan mereka mengenakan caj langganan untuk perkongsian mereka, dan menjana wang melaluinya.

Dengan ini, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak perkongsian cerpen, mahupun penceritaan yang lebih mendalam dilakukan melalui Twitter?