Twitter dibawah Elon Musk sedia menambah sejumlah ciri-ciri baharu padanya, dan kini ia dilaporkan Twitter turut sedang aktif dalam membangunkan produk video – terutamanya memfokuskan kepada perkhidmatan siaran video langsung.
Pada hari ini, pelbagai penyedia sosial seperti TikTok dan Instagram mengintegrasikan ciri siaran video langsung, dan ia agak aktif digunakan ramai pengguna. Twitter sendiri sebelum ini mempunyai ciri lebih kurang sama, dinamakan Periscope. Namun, ciri tersebut ditamatkan pada 2021 lepas.
Dibawah projek baharu ini, “Periscope” ingin dihidupkan kembali, termasuk memastikan ia menawarkan kebolehan strim video pada resolusi tinggi dan stabil.
Disamping untuk perkhidmatan siaran video langsung, Twitter juga turut sedang dalam usaha terus menambah baik perkhidmatan video, dan kini menawarkan kebolehan memuat-naik video sehingga 2 jam lamanya untuk pelanggan Twitter Blue.
- Sumber
- Business Insider

