Twitter Community Notes Yang Menambah Nota Konteks Pada Ciapan Kini Diaktifkan Untuk Semua

TechnologyDigital
12 Dec 2022 • 8:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Antara masalah utama platform media sosial ialah penyebaran maklumat palsu, kurang tepat atau dimanipulasi untuk menyampai naratif yang salah. Ia menjadi senjata berbahaya yang boleh digunakan untuk memecahbelahkan masyarakat. Twitter mengumumkan ciri Community Notes yang sebelum ini diberi nama Birdwatch kini diaktifkan kepada semua pengguna platform.

image is not available

Pada peringkat awal Community Notes hanya boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Menerusi Community Notes, pengguna Twitter boleh meletakkan nota konteks pada ciapan asal. Sebagai contoh anda menemukan ciapan yang mengatakan “iPhone ialah telefon terbaik dunia” dan kemudian anda boleh meletakkan Community Notes di pada ciapan ini yang menambah “Hanya benar sekiranya anda menggunakan ekosistem Apple sepenuhnya”. Pautan kepada maklumat lebih tepat turut boleh ditambah untuk memberikan konteks yang boleh disahkan.

Ciri ini menjadi tular di Twitter kerana digunakan pengguna platform untuk menambah fakta pada ciapan Elom Musk yang tidak tepat.