
Beberapa hari lalu kami telah melaporkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan amaran bahawa syarikat-syarikat teknologi antarabangsa dan tempatan harus mendaftar untuk permit Penyelenggara Sistem Elektronik Lingkup Privat (PSE) menjelang hari ini, jika tidak, mereka tidak dibenarkan untuk beroperasi di Indonesia.
Syarikat-syarikat digital yang perlu mendaftar untuk permit PSE ini adalah syarikat-syarikat digital yang menawarkan perkhidmatan pembelian dan penjualan barang ataupun perkhidmatan, syarikat-syarikat yang memproses maklumat kewangan, syarikat-syarikat yang menyimpan data berkenaan jual-beli dan sektor kewangan dan juga syarikat yang menawarkan pembelian dalam aplikasi.

Selain daripada membenarkan platform-platform ini beroperasi di Indonesia, ia juga membolehkan kerajaan Indonesia untuk mengarahkan platform-platform ini untuk memberi maklumat pengguna, dan memadamkan kandungan yang dikatakan akan mengganggu ketenteraman awam.
Laporan terkini daripada Reuters mengatakan bahawa Google dan Twitter masih belum lagi mendaftar untuk permit tersebut, tetapi Meta, yang merangkumi platform-platform digital seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram telahpun melengkapkan pendaftaran mereka, dan dijangka tidak akan terkesan oleh undang-undang baru yang akan berkuatkuasa pada hari esok.
Dibawah Google, ia dijangka bahawa platform seperti platform carian digital Google, YouTube dan Google Play Store tidak akan beroperasi sekiranya mereka masih tidak mendaftar untuk permit tersebut.

