Twitter Blue Dengan Pengesanan “Verified” Mungkin Ditawarkan Seawal 7 November

TechnologyDigital
3 Nov 2022 • 1:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Twitter Verfied Disahkan

Elon Musk ingin memberikan akses pengesahan identiti pengguna di bawah program Twitter Verified kepada semua pengguna yang membayar langganan Twitter Blue berharga $8 sebulan semalam. Beliau merasakan tanda calit biru Verified selama ini adalah ciri elitis dengan ia harus diberikan kepada semua.

image is not available

Jika laporan Bloomberg terkini boleh dipercayai, Elon akan menawarkan ciri ini bermula 7 November kelak. Pengguna Twitter yang telah menerima pengesahan identiti akan diberikan tempoh sementara untuk melakukan langganan sebelum calitan biru dibuang dari profil. Reaksi dari pengguna setakat ini adalah negatif keran ramai melihat ciri pengesahan identiti adalah ciri keselamatan yang tidak sepatutnya berbayar.

Twitter akan menjadi satu-satunya laman media sosial yang mengenakan bayaran untuk pengesahan identiti pengguna. Yang pasti perubahan yang akan dibawakan oleh Musk akan menerima sambutan positif tetapi pengguna hanya perlu menerima kerana beliau kini pemilik platform.