Dengan ekonomi semakin pulih pasca pandemik, banyak organisasi dan syarikat mula menambah semula jumlah pekerja. Terdapat banyak cara kerja kosong boleh diiklankan kepada orang ramai dan kini ia turut boleh dilakukan menerusi Twiter.

Beberapa syarikat di Twiter mula memaparkan kerja kosong dalam organisasi mereka terus pada laman profil. Kerja kosong disusun secara mendatar pada profil dengan ia boleh ditatal ke kiri untuk melihat senarai lengkap . Kesemua syarikat yang boleh menggunakan ciri ini mempunyai calit emas pengesahan identiti syarikat bagi mengelakkan penipuan.
Selain itu Twitter juga kini mempunyai akaun rasmi @TwitterHiring yang digunakan untuk mencari pekerja. Pada Mei lalu Elon Musk menghantar ciapan Twitter mungkin akan menawarkan ciri kerja kosong dengan ia kemudiannya tertiris Jun lalu dan kini ia akhirnya dilancarkan tanpa sebarang promosi.
- Sumber
- Search Engine Journal


