Twitter letak had bilangan cicipan yang boleh anda baca sehari, kenapa?

Technology
3 Jul 2023 • 9:45 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Elon Musk selaku pemilik Twitter mengumumkan yang platform itu kin menguatkuasakan had bilangan utusan yang boleh dilihat oleh pengguna dalam masa sehari. Berikut adalah butiran lanjut polisi baharu tersebut:

  • Akaun Twitter Blue boleh melihat 6,000 utusan
  • Akaun bukan Twitter Blue boleh melihat 600 utusan
  • Akaun baharu yang belum disahkan boleh melihat 300 utusan

Tentu anda tertanya-tanya, kenapa Elon Musk tidak mahu netizen menggunakan platformnya? Bukankah had ini akan menjerut kadar penggunaan platformnya yang seterusnya mungkin akan dimanfaatkan platform pesaing lain?

Menurut Twitter, ini adalah polisi sementara yang dkgerakkan untuk membendung dua isu besar yang sedang melanda platform tersebut iaitu amalan "scraping" yang berleluasa dan manipulasi sistem yang membawa kesan negatif.

Cuba anda bayangkan pihak tak bertanggungjawab hasilkan bot untuk menjarah data-data awam di Twitter untuk apa saja niat tidak baik, seperti menganalisis pola penggunaan yang seterusnya digunakan untuk memanipulasi dunia sebenar.

Walau bagaimanapun, polisi baharu ini menerima kecaman segelintit pengguna dan mendapat reaksi daripada Elon Musk. Belau berjanji untuk menyelaraskan semula had kepada seperti berikut:

  • Akaun Twitter Blue boleh melihat 8,000 utusan
  • Akaun bukan Twitter Blue boleh melihat 800 utusan
  • Akaun baharu yang belum disahkan boleh melihat 400 utusan

Apa pendapat anda tentang sekaran ini? Adakah ia memberi kesan kepada pengalaman ber-Twitter anda?

Sumber: Engadget