Turut diumumkan hari ini ialah Twitter membuka permohonan untuk pengesahan akaun milik ketua negara, kakitangan dan agensi kerajaan. Akaun-akaun rasmi ini akan menerima calit kelabu bagi membezakannya dengan akaun jenama dengan calit kuning dan akaun berbayar Twitter Blue dengan calit biru.
We’re now accepting applications for grey checkmarks for eligible government and multilateral accounts. To learn more about eligibility requirements and the different types of profile labels you may see on Twitter, visit our Help Center here: https://t.co/rViKrQyHYG
Antara individu yang layak memohon calit kelabu ialah raja, ketua negara, menteri, ahli parlimen, ADUN, dan ahli badan eksekutif sesebuah negara. Tidak seperti Twitter Blue, pengesahan akaun ini nampaknya tidak memerlukan sebarang langganan. Proses permohonan ini memerlukan pengesahan identiti menerusi kad pengenalan rasmi atau emel rasmi kerajaan.



![Tular Pekerja Kedai Mamak Di Cyberjaya Teruk Dibelasah Lelaki Seperti Mabuk [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)