Elon Musk sedia menyatakan hasrat dalam menjadikan Twitter sebuah aplikasi semua dalam satu seumpama WeChat di China. Selari dengannya, sejumlah ciri-ciri baharu sedang dibangunkan oleh pihak Twitter.

Salah satu ciri baharu yang kini dalam pembangunan adalah “Twitter Recruiting”, iaitu kemudahan untuk melakukan carian kerja kosong terkini berdekatan dengan anda. Pembangunan untuknya telah dapat dilihat melalui kod terbaru aplikasi Twitter.
Apa pun, ia dilihat hanya organisasi yang disahkan atau melanggan pelan organisasi sahaja boleh menerbitkan kerja kosong mereka pada platform Twitter.
Dengan langkah ini, tidak mustahil kita melihat lebih banyak ciri-ciri lain dibangunkan dan diintegrasikan oleh Twitter pada perkhidmatan mereka kelak.
BREAKING: #Twitter is working on a feature that will let VERIFIED ORGANIZATIONS post JOBS! pic.twitter.com/S3LIxrxSjR



