TwitterBio Membolehkan Anda Jana “Bio” Untuk Profil Twitter Anda Menggunakan AI

TechnologyDigital
7 Feb 2023 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada perkhidmatan media sosial, kebiasaannya pengguna akan diberikan sebuah ruangan ringkas untuk menerangkan berkenaan diri atau profil mereka sendiri.

Namun, untuk menulis ia dengan menarik merupakan satu cabarannya tersendiri. Terbaru, salah satu perkhidmatan cuba untuk memudahkan proses berkenaan melalui penggunaan kecerdasan buatan.

image is not available

Dinamakan TwitterBio, ia menggunakan OpenAI dalam menjana biografi ringkas kepada diri anda. Anda hanya perlu menggunakan beberapa kata kunci ringkas berkaitan diri anda, dan sistem tersebut akan secara automatik merangka ayat yang baik untuk diperlihatkan pada profil anda.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk ke laman TwitterBio hari ini, atau sekiranya anda pembangun, turut boleh melihat perkongsian pembangun tersebut di GitHub hari ini.