Tya Arifin & Asyraf Khalid Timang Cahaya Mata Ketiga, Beri Nama Aghnia Jiwa

21 Dec 2024 • 5:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan Tya Arifin selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada Jumaat.

Bersalin Secara Normal 

Berita gembira tersebut dikongsi Tya di Instagram (IG) dengan memuat naik gambar bersama bayi dan suami tercinta, Asyraf Khalid.

Kongsi menantu kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu lagi, bayi perempuan seberat 3.6kg itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 11.11 malam. 

Beri Nama Aghnia Jiwa 

Lebih manis, nama Aghnia Jiwa dipilih untuk bayi ketiga pasangan tersebut. 

“Alhamdulillah mashallah tabarakallah. Bayi kami yang ketiga telah lahir dengan selamat secara normal.

“Aghnia Amira Jiwa @aghniajiwaasyraf, dengan berat 3.6kg pada hari Jumat 20-12-2024 pada jam 11.11pm,” kongsinya gembira.

Dalam pada itu, Tya turut memohon semua mendoakan urusannya dan keluarga dipermudahkan. 

Untuk info, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 7, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 5. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved