U Mobile bentuk rakan kongsi strategik dengan China Mobile International percepatkan inovasi 5G
syaza
28/08/2024 - 11:05
KUALA LUMPUR 28 Ogos - U Mobile, penyedia perkhidmatan mudah alih menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama China Mobile International (CMI) untuk menjadi rakan kongsi strategik bagi mempercepatkan pengeluaran, inovasi dan penggunaan 5G.
Sebagai rakan kongsi strategik, U Mobile dan CMI akan menukar pengetahuan mengenai penggunaan inovasi 5G dan penggunaanya terutama sebagai rumusan dalam sektor perniagaan-ke-perniagaan (B2B).
MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck dan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif China Mobile International, Wang Hua semasa China Mobile SEA Cooperation Conference di Bangkok, Thailand.
Menurut U Mobile, MoU itu bekata, kedua-dua pihak juga akan meneroka dan membangunkan model komersial 5G yang merentas sempadan.
"U Mobile danm CMI akan mengkaji cara bagi meningkatkan infrastruktur perayauan ketersambungan rentas sempadan 5G yang lancar untuk pengembara," ujarnya.
Wong berkata, kerjasama strategik itu sejajar dengan komitmennya dalam mempercepatkan penggunaan dan penggunaan 5G merentas sektor dan pasaran.
"Kami berhasrat untuk memanfaatkan pengetahuan, sumber dan rangkaian global CMI untuk memacu ekonomi digital melalui aplikasi 5G sebagai rumusan digital dan perusahaan," ulas beliau.- DagangNews.com


