China Mobile Melakukan Pelaburan Strategik Pada Honor

TechnologyDigital
23 Aug 2024 • 11:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syarikat telekomunikasi di China, iaitu China Mobile hari ini membuat kejutan dan mengumumkan pelaburan strategik pada pengeluar telefon pintar Honor. Honor sebelum ini telah diasingkan sebagai syarikat berasingan selepas Huawei dikenakan sekatan dagangan oleh Amerika Syarikat.

image is not available

Sejak daripada itu, Honor telah berkembang dan mula mendapatkan pegangan pasaran yang baik – termasuk di pasaran Malaysia. Pelaburan ini dijangka akan membolehkan Honor terus memperkembangkan portfolio produk mereka, selain turut mengakses saluran dan pengguna China Mobile dengan lebih baik berbanding sebelumnya.

Buat masa ini, jumlah pelaburan dan pegangan pada Honor oleh China Mobile tidak dinyatakan. Sebelum ini, ia turut diperkatakan Honor sedang pertimbangkan untuk penyenaraian awam syarikat mereka di bursa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved