U Mobile: Pakej Perpaduan beri rakyat akses kesalinghubungan Internet mampu milik

4 Feb 2023 • 2:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: U Mobile menyokong sepenuhnya insiatif Pakej Perpaduan yang diumumkan kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia terutamanya kumpulan B40, orang kurang upaya, veteran, warga emas dan belia berumur sehingga 30 tahun untuk menikmati akses terhadap kesalinghubungan Internet mampu milik.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat telekomunikasi itu berkata, inisiatif berkenaan turut seiring dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami menyambut baik pengumuman Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap berikutan ia membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia tampil berdaya saing secara digital sama ada dalam pembelajaran, pekerjaan atau kegiatan waktu lapang.

“Kami sentiasa bekerjasama dengan kerajaan untuk menawarkan kesalinghubungan berkualiti, mampu milik dan boleh diakses sekali gus gembira menjadi sebahagian daripada Pakej Perpaduan Prabayar yang akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang layak mulai 28 Feb 2023,” katanya.

Menurutnya, maklumat terperinci berkenaan pakej prabayar itu akan diumumkan menjelang ketibaan tarikh pelancaran dan maklumat kemas kini boleh dilayari di laman sesawang www.u.com.my. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved