U Mobile Perkenal Pelan Prabayar U40 – RM40 Sebulan Untuk Data Dan Hotspot Tanpa Had

TechnologyDigital
23 Nov 2022 • 11:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

U Mobile hari ini memperkenalkan pelan baharu, dinamakan U Mobile Prepaid U40. Melaluinya, U Mobile menekankan kepada penawaran akses hotspot tanpa had melaluinya.

image is not available

Pelan U Mobile Prepaid U40 ini hadir dengan penawaran data tanpa had pada kelajuan yang dihadkan kepada 6Mbps. Disamping itu, ia turut menawarkan akses panggilan tanpa had melaluinya.

Menjadi pengukuhkan kepada pelan ini adalah penawaran akses hotspot tanpa had melaluinya – pada had kelajuan seperti pelan, iaitu 6Mbps.

U Mobile juga menawarkan akses 4G dan 5G tanpa had kelajuan pada penghujung minggu – dimana pas untuknya perlu ditebus terlebih dahulu melalui aplikasi MyUMobile.

Jadi, pada harga langganan bulan RM40, adakah pelan ini berbaloi?