Tan Sri Vincent Tan hari ini berkongsi beberapa perkara berkenaan pembangunan rangkaian 5G kedua oleh U Mobile. Melalui perkongsian beliau, U Mobile merancang untuk memperkenalkan rangkaian 5G kedua Malaysia dalam tempoh 15 ke 18 bulan akan datang.
Pada masa yang sama, beliau mengatakan U Mobile tidak perlukan sebarang rakan kerjasama tempatan, sebaliknya mereka melihat kepada pembekal China, sama ada Huawei atau ZTE. Tan Sri Vincent Tan mengatakan syarikat berkenaan akan membekalkan peralatan 5G, dan pada masa yang sama menawarkan sokongan kewangan. Pada minggu ini juga, pihak U Mobile telah memeterai perjanjian bersama CIMB untuk sokongan kewangan.
Selain untuk pembangunan rangkaian 5G kedua negara, U Mobile juga kini dalam perancangan untuk membuat penawaran awam saham mereka di bursa, dan menyasarkan melaksanakannya menjelang penghujung 2025 ini.



