U Mobile : Rangkaian 5G Kedua Kini Meliputi 82.9% Kawasan Berpenduduk Di Malaysia

LocalTechnology
8 Apr 2026 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

U Mobile sedia dilantik untuk membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia, dan telah memulakan proses berkenaan sejak tahun lepas. Mengikut jadual, U Mobile disasarkan mencapai kadar liputan 80% menjelang Julai 2026 kelak. Namun, kini lebih awal, U Mobile mengumumkan mereka kini telah berjaya meliputi 82.9% kawasan berpenduduk di Malaysia.

image is not available

Ini sekaligus memposisikan U Mobile sebagai antara pembangun rangkaian 5G terpantas di Malaysia, berbanding DNB sebelum ini. Mengikut data yang dikongsikan juga, Putrajaya kini mempunyai kadar liputan 99.9% kawasan penduduk, sementara yang paling rendah adalah Sarawak dengan kadar liputan 58.7%.

image is not available

Dengan perkembangan ini, U Mobile dijangka beralih ke fasa seterusnya, dan akan melupuskan pelbagai perjanjian bersama DNB sebelum ini secara berperingkat. Pada masa yang sama, U Mobile turut mengesahkan perbincangan sedang berlaku bersama Telekom Malaysia dalam Unifi Mobile menggunakan rangkaian 5G mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved