U Mobile Turut Mengemaskini Penawaran Pelan Pascabayar – Kini Bermula RM45 Sebulan Untuk 500GB

LocalTechnology
7 Apr 2026 • 1:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bersama-sama dengan kemaskini untuk pelan prabayar, pihak U Mobile juga turut mengumumkan kemaskini untuk pelan pascabayar mereka. Kini, pelan pascabayar dibawah U Mobile ditawarkan pada harga bermula RM45 sebulan – meningkat sedikit berbanding sebelum ini yang bermula RM38 sebulan.

Sebanyak tiga pelan pascabayar kini ditawarkan, iaitu ULTRA Postpaid 45 pada harga RM45 sebulan dan data sebanyak 500GB, ULTRA Postpaid 68 pada harga RM68 sebulan dan data sebanyak 1000GB, dan juga ULTRA Global 98 pada harga RM98 sebulan dan data sebanyak 1000GB.

image is not available

Membezakan pelan ULTRA Postpaid 68 dan Global 98 adalah versi 98 menawarkan akses perayauan di lebih 60 destinasi sebanyak 15GB sebulan. Selain itu, ketiga-tiga pelan turut menawarkan pas ULTRA5G Prioriti yang memberikan akses keutamaan ketika waktu puncak atau di kawasan sesak. Ketiga-tiga pelan juga turut menyertakan ULTRA Security Pro yang memberikan sejumlah perlindungan tambahan dari segi sekuriti. U Mobile mengatakan Ultra Security Pro akan ditawarkan bermula 14 April pada harga langganan RM5 sebulan.

Ke semua pelan baru ini telah tersedia kepada pelanggan pascabayar bermula hari ini.