Vivo Memperlihatkan Vivo V17 Pro Secara Rasmi – Bakal Dilancarkan Pada 1 Oktober Di Malaysia

TechnologyDigital
13 Sep 2019 • 7:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Malaysia hari ini secara rasminya berkongsi gambar telefon pintar terbaru mereka, iaitu Vivo V17 Pro.

image is not available

Vivo V17 Pro ini membawakan empat kamera pada bahagian belakang, selain dwi-kamera hadapan yang diletakkan pada bahagian pop-naik. Vivo turut memperlihatkan yang mana kamera belakang akan menggunakan sensor utama 48-megapixel, sementara kamera swafoto 32-megapixel.

Dengan penawarannya, ia membawakan sebanyak enam kamera terbina pada satu peranti.

Spesifikasi lain masih belum dikongsikan oleh Vivo buat masa ini.

Vivo Malaysia mengatakan Vivo V17 Pro akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 1 Oktober 2019 kelak.