Ubah Haluan Secara Mengejut, Pemandu Boleh Dihukum Penjara – PDRM

13 Dec 2022 • 11:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ubah Haluan Secara Mengejut, Pemandu Boleh Dihukum Penjara – PDRM

Tahukah anda ubah haluan secara mengejut dan menyebabkan kecederaan parah boleh mengakibatkan anda didenda sehingga RM 10,000?

Menerusi kemaskini yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia dalam Facebook rasminya, mereka yang mengubah haluan secara mengejut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut perkongsian itu, pemandu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM 10,000 jika disabit kesalahan.

Perbuatan pemandu yang mengubah haluan secara mengejut tanpa memberikan isyarat amaran (signal) adalah sebuah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Perbuatan itu bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan malah ianya juga mampu mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. Lebih teruk ia mungkin akan mendatangkan kecederaan parah kepada pengguna yang lain.

Apabila kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kecederaan parah, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa,” tulis kemaskini tersebut.

Selain itu, jika disabitkan kesalahan, pemandu juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 serta boleh juga dipenjara tidak melebihi 12 bulan.

image is not available
Kredit Polis Diraja Malaysia

Oleh yang demikian, sentiasa jaga jarak anda semasa memandu dan pastikan memberi isyarat amaran sewaktu ingin mengubah laluan agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku.